Renungan Kedua

 

 

Tuan yang mulia !!!

 

Kita semua telah maklumi bahawa betapa pentingnya peraturan-peraturan kepada manusia,bagi mengatur kehidupan manusia.......

 

Supaya hidup manusia menjadi harmoni dan tidak berlaku kucar-bilau,Sebagai contoh seperti(peruturan-peraturan) undang-undang dijalanraya.Ia di wujudkan oleh manusia dengan tujuan supaya keadaan di jalan raya tidak berlaku kelam-kabut.

 

Jika semua orang dijalan raya menaiki kenderaan tanpa peraturan ,maka setiap orang akan pecut kenderaan sesuka hatinya sahaja,ketika lampu signal merah ia jalan,tanda 30km/J ia naik 90 km/J.....

Jika keadaan macam ini wujud ,maka jalan raya akan menjadi kelam-kabut...Sememangnya manusia memerlukan peraturan didalam hidupnya,bukan hanya peraturan di jalan raya tetapi juga dalam hal-hal yang lain....

 

Walaupun peraturan itu dicipta tanpa susur galur dari Nasus (Al-Quran Dan Sunnah),yang kadang-kala agak bertentangan dengan hukum Allah.

Tapi motif utamanya adalah untuk kebaikkan umat manusia itu sendiri ,walaupun kedapatan yang bercanggahan dengan hukum Allah...

Sebenarnya semua manusia di permukaan bumi memang memerlukan satu panduan yang lengkap untuk memandu kehidupannya diatas muka bumi ini.

Ada orang yang mengambil pengalaman dari dirinya sendirinya,pengalaman orang lain,ilmu yang dikorek dari dari buku-buku (pengalaman lepas ) dan ada orang yang mengambil ilmu yang didasari oleh akal fikiran manusia.

 

Tetapi sebagai orang islam ,mereka sepatutnya mengambil janji-janji Allah sebagai pedoman,panduan atau petunjuk baginya. Dalam melayari bahtera kehidupannya di muka bumi ini.

Iaitu;

 

 

"Sesungguhnya kau(Allah) tidak mungkir janji"

melalui yakin pada janji -janji Allah ,iaitu pada peraturan langit berdasarkan pada Al-Quran dan Sunnah nabi.

 

Sebagaimana sabdaan nabi junjungan...

 

 

"Aku tinggalkan 2 perkara yang kamu tidak akan sesat selama-lamanya,jika kamu berpegang padanya iaitu pada Al-Quran dan Sunnahku..."

(Riwayat Iman Malik )

 

Iaitu perkabaran dari Al-Quran dan As-Sunnah di ambil sebagai panduan hidup.Perkabaran tentang ganjarannya sebagai hendaklah kita rasa harap dan ancamannya hendaklah kita rasa takut...

 

Jadi Ulama mengatakan bahawa IMAN adalah antara harap dan takut..

 

Perasaan harap akan membawa kita kepada keghairahan untuk beramal...dan perasaan takutkan Allah ,akan membawa kita meninggalkan larangannya...

Yang boleh dikatakan ,harap kepada nikmat syurganya dan takut kepada azab nerakanya......

Iman bukan harap sahaja (tanpa takut) ,kerana kita cuma buat suruhan Allah tetapi kita tidak tinggalkan larangannya.Dimana terjadinya buat baik,juga .Buat baik juga .Buat jahat pun ,buat juga.....

Suruhan Allah buatdan larangan Allah buat juga..

Ini mungkin berlebihan harap dan kurang atau tiada langsung perasaan takut pada Allah....

 

Sebagaimana hadis;

 

" Barangsiapa yang tidak ditegah olehnya solah dari Fahsya dan Mungkar ,tiadalah bertambah selain jauhnya dari Allah"

(Hadis Riwayat Ali ibn Ma'bad dari Al Hassan)

Iaitu suruhan Allah (solat ) dikerjakan.Tetapi larangan Allah tidak ditinggalkan ,maka seorang itu bukan semakin rapat dengan Allah tetapi semakin jauh darinya.

 

Imran bin Hussin r.a mencerita,"Ada seorang yang bertanya pada Rasulullah s.a.w tentang makna ayat Al-Quran ;

 

 

Jawabnya ,"Solat itu bukanlah solat ,kalau ia tidak mencegahnya dari fahsya dan Mungkar"

 

Sebaik-baik takwa adalah meninggalkan larangan Allah .Dan tanda-tanda Ikhlas adalah yang mencegah dari perbuatan haram.

 

Tidak juga takut sahaja (tanpa perasaan harap),kerana ia akan membawa kepada putusnya harap dari rahmat Allah.

 

Adalah dikatakan bahawa putus dari rahmat Allah juga merupakan dosa dalam ibadat.

------------------------------------------------000-----------------------------------------------------------

 

Sebagai seorang islam mereka sepatutnya mengambil janji-janji Allah sebagai pegangan hidup, bukannya pengalaman lepas manusia dan bukan juga hukum akal manusia......

Kisah yang berlaku di zaman Nabi Noh a.s boleh dijadikan iktibar, iaitu ;

 

Kisah yang berlaku dizaman Nabi Noh a.s yang mengajak anaknya untuk menaiki bahtera ,tetapi oleh kerana anaknya itu meyakini akan pengalaman lepas ,yang meyakini berkemungkinan masih ada tempat-tempat yang tinggi yang masih tidak ditenggelami oleh banjir seperti yang berlaku sebelumnya.....

Oleh kerana iradat Allah melampaui akan perancangan makhluk ,Pada masa itu Allah telah tenggelamkan semua tempat tinggi.( Tiada tempat yang tidak ditenggelam oleh banjir ).Maka matilah anak Nabi Noh dalam keadaan Kufur.......

 

Iaitu pengalaman lepas dan hukun akal tidak boleh dijadikan pegangan kerana ia berubah mengikut suasana zaman .Hanya janji Allah yang kekal sepanjang zaman sehingga duni akan kiamat....

 

Mengikut Iman Al-Ghazali Rahmatullah ,bahawa manusia berfikir melalui 3 cara ;

Iaitu mengikut pandangan:

      1. Pandangan NAFSU
      2. Pandangan AKAL
      3. Pandangan HATI

 

Sebagai contoh ;

 

Wanita.....

Mengikut pandangan nafsu ,seorang wanita itu bagus,jika ia mempunyai muka yang cantik...

Pada pandangan akal pula ,kata wanita itu bagus jika pengurusan diri yang cekap ,belajar hingga samapi ke 'U' dll.

Pandangan hati pula kata wanita itu bagus jika akhlaknya yang bagus......

Disini apa yang hendak ditonjolkan bahawa manusia sepatutnya mengambil HATI sebagai pegangan hidupnya.Iaitu melalui pandangan Hati.

 

 Disini apa yang hendak ditonjolkan bahawa manusia sepatutnya

mengambil hati sebagai sebagai pegangan hidupnya.Iaitu melalui pandangan Hati...

Dan bukannya pandangan nafsu dan pandangan akal.....

Melalui pandangan hati iaitu yakin pada janji-janji Allah..

Iaitu ada hadis yang mengatakan bahawa :

 

 

"Wanita itu dikahwini kerana 4 perkara ,iaitu kerana Hartanya(kekayaannya),Keturunannya,kecantikannya dan kerana Agamanya.Pilihlah yang beragama supaya engkau akan selamat "

( Riwayat Al-Bukhari)

 

Manusia dinasihati supaya memilih perempuan kerana agamanya iaitu melalui pandangan hati.

Dan bukannya melalui pandangan nafsu dan pandangan akal.

Yang melihat pada kecantikkan rupa paras,kekayaan dan keturunan...

Contohnya:

Kelahiran Nabi Isa a.s ke atas muka bumi ini yang tidak berbapa ,tidak boleh diterima oleh logik akal manusia.

 

Kerana Ovum tidak dapat di senyawakan tanpa kehadiran sperma.Dan fetus tidak tidak akan terbentuk,maka bayi memang tidak akan terbentuk....

Kepimpinan akal adalah mengikut logik (rasional) manusia.........

Iaitu Pro dan Kontra ,baik dan buruk....

Kepimpinan akal akan menimbang sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan itu banyak manfaat atau banyak mudaratnya.Jika sesuatu pekerjaan itu banyak buruknya (mudarat).Maka kerja itu tidak akan dilakukan....

Tetapi Islam walaupun benda itu zahirnya nampak memudaratkan manusia,ia kena dilakukan...

 

Sagaimana Nabi Ibrahim a.s diarahkan untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.Jika melihat dari pandangan Akal manusia.

Apa ke patut(bagusnya) , sampai anak sendiri pun di suruh bunuh...

Perkara yang semacam ini ,walaupun ianya nampak seolah-olah menjahanamkan dari pandangan akal manusia........

Tetap sebenarnya tujuan Allah berbuat demikian,mengikut sesetengah ulama adalah untuk menyembelih(membuang) perasaan kecintaan kepada anak lebih dari kecintaan pada Allah di dalam hati Nabi Ibrahim a.s.

 

Supaya mendapat iman yang sempurna,dimana Allah s.w.t lebih dicintai dari segala-galanya....

Dimana nabi Ibrahim telah lulus di dalam ujian,dimana mengutamakan perintah Allah dari kasih sayang bapa terhadap Anaknya,yang akhirnya Allah telah datangkan kibas sebagai ganti...

 

Secara umumnya ,kepimpinan yang ada sekarang di negara kita adalah kepimpinana akal bukannya kepimpinan hati (janji Allah).

Dan kelazimannya adalah terlalu sukar untuk mencari orang yang benar -benar berfikir secara islam (janji Allah) dalam segenap tindak-tanduknya...

 

Di "U",biasanya warga "U" menggunakan hukum akal dan pengalaman lepas dalam mengatur kehidupan sehariannya.

"U" adalah tempat akal manusia di asah ,bukannya tempat hati manusia di asah...

Di "U" lahirnya berbagai-bagai ideologi akal -fikiran manusia....

 

-----------------------------------------------000---------------------------------------------------------------

 

 

Tetapi manusia mesti meggunakan akalnya untuk mengenal si pencipta....

 

Sebagaimana hadis:

 

 

"Tidak beragama bagi yang tidak berakal"

( Riwayat sesetengah ahli Sunan )

 

Dimana akal ipergunakan untuk mengenal si pencipta supaya menjadi insan yang tunduk hati akan keagungan Allah..

 

Sebagaimana hadis:

 

"Fikir sesaat adalah terlebih baik dari beribadat setahun"

( Riwayat sesetengah Ahli Sunan)

Iaitu apa yang dikatakan tafakkur ,berfikir diatas kejadian-kejadian alam untuk mengenal si pencipta atau mahasabah diri dll.Dimana akal yang berfikir untuk melahirkan zikrullah( ingat kepada Allah)......

Berfikir (berpandukan ) Al-Quran dan As-sunnah.....

 

Grafik backBack to Main Page

Grafik malam & siang