|
Renungan Keempat |
Sebenarnya seluruh manusia di dunia ini mahukan kejayaan ,yakni mahukan kebahagia didalam hidupnya .
Tak kira beragama apa pun sama ada hindu ,Budha ,Kristian ,Yahudi ataupun yang tak beragama ,juga apa bangsa sekalipun mereka tetap mahukan kebahagiaan didalam hidupnya.
Tetapi yang berbeza cuma yang menyakini kejayaan di atas kebendaan dunia dan ada yang meyakini kejayaan di dalam diri mereka sendiri itu sendiri.......
(iaitu di dalam agama ).
Bagi orang kafir ,mereka meyakini kejayaan di atad kebendaan dunia. Pada pangkat ,pada harta-benda,pada kekuasaan dan pada kebendaan dunia yang lain...
Iaitu mereka yang meyakini ,terhadap apa yang nampak (yakin pada makhluk). Tetapi orang Islan sepatutnya ,mereka meyakini pada apa ,yang ia tidak nampak iaitu pada GHAIB .Iaitu yakin pada kekuasaan ALLAH s.w.t. Dan tidak pada kekuasaan makhluk.
Sebagaimana kalimah tayibah :

"Tiada tuhan yang disembah selain dari Allah "
Tidak kuasa melainkan ,kuasa Allah s.w.t
Makhluk tiada kuasa ,Allah yang berkuasa....
Iman
adalah melibatkan yakin pada apa yang tidak nampak
Iaitu ;
Rukun Iman
Iaitu melibatkan permasalahan
yakin pada alam GHAIB.
Orang islam sepatutnya meyakini kejayaan , bagi mereka adalah didalam dirinya , iaitu macamana menggunakan agama untuk mentarbiah benda yang ada di dalam diri manusia, iaitu pada hati dan jiwa kita....
Supaya nikmat kebahagiaan yang hakiki , dapat di kecap di dunia ini lagi.
Sebab dalam azan,

"Marilah sembahyang, marilah menuju kejayaan"
Oleh kerana sembahyang itu adalah tiang agama.


"Barang siapa yang mendirikan sembahyang , maka ia mendirikan agama ,barangsiapa yang meruntuhkan sembahyang ,maka ia meruntuhkan agama.
( Hadis riwayat al Bukhari dari Umar r.a )
iaitu dengan asbab sembahyang , kita dapat jadikan kehidupan kita kehidupan yang beragama , dimana sembahyang merupakan alat pengislah diri untuk menjadikan kehidupan kita kehidupan yang beragama.

"Sembahyang itu menuntun ke arah kebaikkan "
Sembahyang itu merupakan
NUR bagi orang mukmin...,Penyuluh jiwa .Dengan asbab sembahyang , jiwa kita tersuluh .Dan kita dapat tahu yang mana elok yang patut kita buat dan ,Yang mana tidak elok yang sepatutnya kita tinggalkan.
Yang mana halal dan yang mana halal.
Iaitu merupakan Syariat...
Iaitu penyuluhan jiwa menerusi sembahyang , menyebabkan kita memperolehi kekuatan untuk meninggalkan keburukkan di dalam diri kita.
Sebab,

"
Sesungguhnya Sembahyang itu mencegah Fahsya' dan mungkar "
Jadi kejayaan sebenar manusia adalah di atas nilai agama, yang ada di dalam dirinya....


"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa paras kamu dan pada harta kamu tetapi Allah melihat pada hati dan amalan kamu "
( Riwayat Muslim )
Yakni Allah tidak melihat pada kebendaan dunia kita, tetapi Allah melihat pada nilai agama ,yang ada di dalam diri kita. Iaitu pada hati dan alaman kita.
Dimana bermula dari niat yang tercetus dari hati ,kemudian baru melahirkan amalan ...




"Setiap amalan itu disertai dengan niat.Dan manusia itu akan dapat mengikut apa yang diniatkan..Jika diniatkan kerana ALLAH dan Rasul ,maka amalnya akan dinilai kerana itulah.Jika ia niat kerana wanita yang diingin dikahwinnya atau kerana dunia yang di indam-indamkan ,maka amalnya akan di nilai kerana itulah.
(Hadis Riawayat BUKHARI)
Setiap amalan dimulai dengan dengan niat .Dan niat iaitu kerana benda atau kerja yang kita akan buat itu ada keistimewaan,ada kepentingan dan ianya menghala kepada kepuasan.
Apabila semakin istimewa , benda yang kita akan buat itu ,maka makin ghairah kita melakukannya.
Tetapi jika benda yang kita yang kita hendak buat itu kurang istimewa, maka kita akan buatnya dengan rasa malas dan apa yang kita buat itu kita rasa membebankan kita.
Sama ada ianya itu urusan ukrawi (agama) atau duniawi......
Urusuan agama , jika keistimewaannya didalam diri kita itu cukup kuat , maka walaupun kita susah macamana sekalipun ,kita tetap pegang ia.
( ini
IMAN yang tersemat didalam hati kita).Tetapi jika keistimewaannya tidak kuat (lemah ) , maka jika kita di uji ( Di timpa sedikit kesusahan ) sedikit kita terus tinggalkannya.
Ini menunjukkan betapa
lemahnya iman kita.
Iaitu jika iman didalam hati seorang itu kuat , maka ia akan beribadat dengan penuh kegembiraan sehimgga pada suatu tahap ia akan merasai akan kelazatan di dalam amalan..
Tetapi Jika
iman seseorang itu lemah , maka ia akan beribadat dengan penuh kemalasan .Dan lambat laun ia akan tinggalkan amalan tadi.
Dimana semuanya itu berpunca dari
hati , jika hati itu malas ,maka malaslah amalan .


" Ketahuilah sesungguhnya didalam tubuh manusia ada seketul daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasad ,jika ia rosak,rosaklah seleruh jasad,ketahuilah ia adalah adalah hati."
( Riwayat Bukhari dan Muslim )
