|
Renungan Ketiga |
T
uan yang dihormati ,
Kekalutan dan kacau-bilau yang berlaku di dunia dewasa ini semakin menjadi-jadi. Tetapi siapakah yang patut dipertanggungjawabkan���..?
Dan berbagai-bagai rancangan yang telah dibuat oleh pihak berkuasa bagi menanggani masalah ini. Tetapi siapakah yang sememangnya patut dipertanggungjawabkan. Sianu menunding tangan ke pada sianu ,dan sianu itu pula menunding tangan ke arah lawannya.
Tetapi mengikut satu hadis dari hadrat nabi junjungan ;


" Ada dua golongan manusia,apabila keduanya baik ,maka baiklah manusia ,apabila keduannya rosak, rosaklah manusia. Mereka adalah 'ulama' dan 'pemerintah'.
( Hadis riwayat Ibnu Barri dan Abu Naim)
Dunia
sekarang ini telah rosak kerana kepala kepada dunia ini telah rosak.
Tuan �,
Apabila
kepala dunia ini rosak maka ekor-ekornya juga akan rosak��
Dunia sekarang ini telah rosak , sebab alim-ulamak dan pemerintah telah rosak.
Sebenarnya semua manusia di atas muka bumi ini adalah pemimpin , dan manusia akan dipertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya (dipertanggungjawab terhadapnya ).
Bapa akan dipertanggungjawab ke atas keluarganya, ibu akan akan dipertanggungjawab terhadap anak-anaknya, begitulah juga khalifah di suatu negeri akan dipertanggungjawab terhadap anak-anak buahnya di dalam sesuatu negeri itu.
Menurut satu hadis ��





Ketahuilah ! .setiap kamu adalah pengembala .Dan setiap kamu akan ditanya tentang gembalamu.Seorang Amir yang berkuasa terhadap rakyat, akan ditanya tentang kepimpinannya.Seorang lelaki adalah pemimpin atas keluarganya,dia akan ditanya tentang pimpinannya . Seorang wanita adalah pemimpin di rumahtangga suaminya dan anak-anaknya,dia akan ditanya tentang pimpinannya.Ketahuilah bahawa setiap kamu adalah pemimpin .Dan setiap kamu akan ditanya tentang pimpinannya.
(Riwayat Hadis Muslim )
Iaitu apabila rosaknya ketua itu ,maka anak-anak buahnya juga turut rosak.Kerana anak-anak buah mereka akur atau terpaksa ikut dengan segala perancangan yang dibuat oleh ketua mereka,Dengan undang-undang yang dibentuk, dengan penguatkuasaan yang dilaksanakan,dengan segala program yang diatur untuk rakyatnya.
Sebagaimana acuan begitulah kuihnya.
Apabila suasana persekitaran yang dibentuk oleh pemerintah semacam itu, maka rakyat-rakyat akan menjadi semacam itulah.
Dimana pemimpin adalah merupakan tempat
tumpuan telinga-telinga mendengar.Kata-kata didengari. Pemimpin kata "Wawasan 2020" ,maka anak-anak buah pun kata Wawasan 2020. Sebab mereka adalah orang yang kata-katanya 'diangguk-angguk'.
Seakan-akan
orang yang sakit, baginya diberi itu adalah ubat tetapi pada hakikatnya itu adalah racun. "Pesakit bukan sembuh tetapi semakin parah".
"
Seolah-olah tikus membaiki labu"
Berbagai-bagai perancangan telah dibuat untuk membaiki suasana tetapi sayang mereka itu cuma pandai menunding tangan ke arah remaja.
Apabila masalah keruntuhan akhlak semakin parah . Remaja terlibat di dalam kegiatan gejala lepak, penagihan Dadah ,Merompak , menyamun dan yang paling baru Bohsia ,Bohjan yang seterusnya kepada gejala pembuangan bayi LUAR NIKAH yang semakin menjadi-jadi.
Remaja telah dipersalahkan !
Program Rakan Muda telah dihasilkan dari
pemikiran akal mereka untuk membendung gejala ini.Tetapi ketahuilah wahai manusia yang
Alpa , sebenarnya remaja itu rosak disebabkan oleh orang-orang yang dipertanggungjawab ke atas mereka rosak.
Kerana mengikut hadis ,


Setiap anak dilahirkan atas fitrah (bersih),sesungguhnya ibubapalah yang mencorakkannya sama ada Yahudi,Nasrani atau Majusi.
(Riwayat Bukhari & Muslim )
Sebenarnya yang bersalah yang menyebabkan remaja menjadi demikian adalah ibubapa.
Ibubapa merekalah yang patut dipersalahkan. Hak-hak Allah terhadap anak-anak mereka tidak ditunaikan, itulah yang menyebabkan anak-anak berperangai demikian. Kemungkinan mereka itu sibuk dengan urusan dunia.
Mereka itu mahukan anak-anaknya menjadi orang yang baik tetapi mereka sendiri itu tidak baik . Samalah seperti
" ketam yan menyuruh anaknya berjalan lurus tetapi ia sendiri berjalan bengkok ".Ketahuilah wahai insan yang terlena,anak-anak akan mengikut orang-orang yang lebih dewasa dari mereka.
Jika si abang berkata kurang sopan ,maka si adik sedikit sebanyak akan berkata kurang sopan juga. Jika si abang berkata "celaka",maka si adik sedikit sebanyak akan berkata "celaka" juga.
Tetapi yang patut di persalahkan adalah ibubapa .Ibu dan bapa dikala mereka hanya mempunyai seorang anak . Jika mereka mendidik anak-anak itu betul-betul dan berperangai elok. Maka si anak yang selepas anak yang pertama itu akan berkelakuan elok.
Juag teman temapt anak-anak itu gauli patut diperhatikan , sebab kata Luqmanulhakim (lebih kurang).
" Lihatlah siapa yang anakmu gauli tiu, kerana ia sedikit sebanyak akan mempengaruhinya."
Betul kata pepatah ."
Kalau anak borek ,anaknya rintik ", sebab ibubapalah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak. Kalau mereka itu orang yang benar, maka anak ituakan menjadi orang benar .Tetapi jika tidak , anak-anak itu akan berperangai dengan perangai yang buruk.
Iaitu Ibubapa adalah kepala di dalam keluarga , jika kepala itu tidak betul , maka orang-orang di bawah pimpinannya juga tidak betul. Jika kepala betul , maka orang-orang di bawah jagaan mereka itu juga akan jadi orang yang benar.
Iaitu bertepatan dengan kata
"Kepimpinan melalui tauladan "
Sepatutnya orang-orang yang lebih tua, bapa atau ibu menjadi contoh kepada golongan yang muda , (anak-anak mereka ).
Bertepatan dengan ayat Al-Quran :


Kami meninggalkan di belakang mereka ,gologan yang meninggalkan senbahyang dan memperturuti keinginan nafsu , sebab itu mereka akan menemui kebinasaan
( Surah Maryam : ayat 59 )
Dan al-Hadis ;


Tidaklah datang satu tahun atau hari kepada kamu melainkan hari yang selepasnya lebih buruk dari sebelumnya sehinggalah kamu semua bertemu dengan tuhan kamu
( Riwayat Bukhari,Ahmad dan Ibnu Majah )
Iaitu golongan yang lebih dahulu ,sepatutnya menjadi contoh kepada golongan selepas mereka. Jiak tidak ,golongan yang kemudian akan menjadi semakin rosak �
Mereka
bukan hanya pandai bercakap sahaja tetapi boleh dijadikan iktibar kerana amalan mereka yang benar.
Samalah seperti
ketua di suatu negeri , jika mereka itu benar maka orang di dalam pimpinannya juga berkemungkinan benar.
Begitulah juga alim -ulamak, mereka juga merupakan orang ynag berpengaruh seperti pemimpin. Mereka mempunyai
ramai pengikut. Kata-katanya di percayai . Tetapi jika mereka itu bukan orang yang sememangnya benar ,maka rosaklah dunia.
Sebab telah menjadi
Usul dunia, iaitu yang merupakan kata-kata Hukamah :
Jika alim ulama buat yang
harus ,orang awam akan buat yang Makruh,Jika alim-ulamak buat yang
makruh, orang awam akan buat yang haram,Jika alim-ulamak buat yang
haram , oang awam akan buat yang Dosa besar,Jika alim-ulamak buat yang
dosa besar, oang awam akan jatuh ke lembah kekafiran .
Sebab orang awam secara tak rasminya akan merujuk kepada alim-ulamak .apabila membuat sesuatu hal.
Antara keluhan :
" Ha.. Tok Guru sianu buat macam tu ,takkan kita tak boleh buat
"
Beginilah iktibar yang biasa terjadi .
Sejajar dengan pepatah "
Kalau Guru kencing dengan berdiri ,maka anak murid akan kencing secara berlari ".
Dimana jika alim-ulamak rosak , maka orang awam akan lebih rosak lagi.
Sekarang dunia telah menjadi FASAD ,sebab alim-ulamak juga teruk (tidak bagus) .
Begitulah keadaan alam , kalau kepalanya betul ,maka yang di belakangnya juga betul,jika kepala rosak ,maka yang di belakangnya juga rosak .
Samalah seperti Ibadat kita��
Dimana
sembahyang merupakan anak kunci syurga.Dan juga merupakan
kepala kepada badan�
Jika kepala kepada ibadat tadi di terima ,maka di terima oleh ALLAH ,maka semua ibadat lain ,akan di terima .Tetapi jika ianya di tolak oleh ALLAH , maka semua ibadat lain akan di tolak..
Menurut satu hadis�.



Perkara yang paling awal akan di tanya pada hari Qiamat , adalah sembahyang . Jika ia berjaya ,berjayalah (Beruntunglah).Jika gagal , merugilah ia.(Semua amalan-amalan lain , Allah akan tolak ).
( Riwayat Al-Thabarany dari Anas r.a )
Begitu juga keadaannya ,di kala kita bersolat ,jika solat Si imam tidak diterima oleh Allah, Kita sebagai makmumnya , Maka solat kita itu tidak akan diterima oleh Allah juga �
Tuan yang di muliakan �
Tujuan kita bukan untuk memburukkan manusia lain ,tetapi cuma ingin memahami akan isi Al-Quran dan Hadis nabi.
Jika Al-Quran dan Hadis berkata demikian , maka walupun pahit macammana sekalipun untuk kita menerimanya ,kita patut terima, Jika tidak, kita secara tidak langsung menjadi manusia yang KUFUR .Yang tolak Al-Quran dan Hadis�.
