|
Renungan Kelima |
Iman suasana
Iman
boleh terbahagi kepada 3 bahagian , iaitu bahagian hati, lisan dan amalan.Secara praktiknya iman ialah suka pada benda yang menyukakan Allah . Dan rasa tidak suka (benci ) pada benda yang Allah tidak suka ( benci ).Iaitu
rasa jerum apabila melihat kemungkaran dan rasa gembira apabila melihat perkara makruf.Kaifiat lillahiah ,
iaitu rasa sukar apabila mendekati larangan Allah dan rasa senang ,apabila mendekati suruhan Allah .
Iman
itu ada 2 sayap ,iaitu suka dan benci .
Ada hadis yang mengatakan bahawa ;
Seseorang itu akan merasai kelazatan dalam amalan jika ia cinta Allah sebenar-benar cinta,Tahap kedua ialah mengasihi orang lain kerana Allah dan tahap yan terlemah adalah menbenci kepada kemaksiatan sebagaiman bencinya ia untuk dicampakkan kepada api neraka.
Benci pada kemaksiatan , iaitu…
Sebagaimana hadis ;
Apabila kamu melihat kemaksiatan yang ada dihadapan kamu hendaklah kamu cegahnya dengan tangan kamu ,kalau kamu tidak mampu hendaklah kamu cegahnya dengan lisan kamu dan kalau kamu tidak mampu jua hendaklah ada dihatimu rasa benci kepadanya, dan itulah selemah-lemah iman.
Tetapi sekarang kita bukannya membenci maksiat sebencinya,malah kita bawa maksiat ke dalam bumbung rumah kita.........
Kata seorang ulama , iman yang terkandung didalam hati ,akan melahirkan kebajikan-kebajikkan ,tetapi
Apabila ada kufur didalam hati maka lahirlah maksiat-maksiat yang dilakukan oleh tangan ,kaki,mata dan anggota tubuh kita yang lain........
Apabila kita berada di dlaam suasana yang baik,yang pro untuk amalkan islam ,maka kita jadi rajin untuk amalkan islam ,tetapi apabila kita berada didalam keadaan yang tidak ada suasana yang sesuai untuk amalkan islam ,kita jadi tidak rajin ( agak berat ) untuk amalkan islam.
Atau apabila kita dalam keadaan ramai kita jadi rajin beribadat,tetapi apabila berseorangan kita liat untuk mengerjakan ibadat.
Sebenarnya oleh kerana iman yang ada didalam hati kita tak tulin,atau dengan kata lain ,iman yang ada didalam hati kita adalah iman suasana, maka beginilah yang terjadi. Iman yang ada didalam hati kita adalah iman yang tidak sahih,yang tak tulin ,tetapi iman jadi-jadian............
![]()