
|


![]()
Renungan Pertama |
Tuan yang dimuliakan !
Sebenarnya semua manusia di atas permukaan bumi ini ,mahukan kebahagiaan didalam hidupannya. Sama ada ia seorang islam ,Kristian ,Budha,Hindu atau apa-apa agama sekali pun.
Jua tidak kira apa-apa bangsa sekalipun.........Mereka tetap inginkan kebahagiaan di dalam hidupnya.
Yang jelas cuma jalan yang mereka rintis itu berbeza-beza.Ada cara yang benar dan ada cara yang salah ( Sesat ).
Sebagaimana mengikut ayat al-Quran ;

"
Yang menunjukkan kepadanya (jalan) kejahatan dan (jalan) Kebaikkan"(As-Syam :Ayat 8)
Iaitu jalan yang benar dan satu lagi jalan yang salah (sesat).
Satu jalan yang mengotorkan jiwa ,yang membawa ke Neraka.Dan satu lagi jalan yang benar ,yang menyucikan jiwa,yang membawa ke Syurga.

"Beruntunglah orang yang menyucikan jiwanya.Dan merugilah orang yang mengotorkannya."
(As-Syam: Ayat 9 & 10 )
Dua jalan,iaitu bagi orang kafir, mereka meyakini kejayaan ( kebahagiaan) baginya pada kebendaan dunia (zahir). Tetapi orang islam ,mereka sepatutnya menyakini kejayaan (kebahagiaan) baginya diatas janji-janji ALLAH (yakin pada Ghaib).
Apa itu Kebahagiaan...!
Seseorang manusia itu akan rasa gembira atau puas apabila keinginan-keinginannya dipenuhi ,tetapi seorang itu akan rasa kecewa atau sedih,Apabila keinginannya tidak dipenuhi.
Dengan itu kepuasan sebenar manusia adalah terletak pada
HATI nya.
Beruntunglah manusia yang meletakkan keinginan-keinginannya didalam cara hidup sederhana kerana segala bentuknya cara hidup yang sederhana kerana segala bentuk keinginan itu mudah di penuhi.
Iaitu di atas cara hidup yang sederhana...
Sebagaimana cara hidup nabi junjungan ,dimana orang fakir dan orang miskin pun boleh memperolehinya..
Baring atas lantai ,tidur di atas tikar.......
Tetapi merugilah orang yang meletakkan keinginannya di atas cara hidup yang bermewah-mewahan kerana kemungkinan besar,keinginan-keinginan seperti ini tidak akan dipenuhi ,oleh itu
hatinya tidak akan mengalami kepuasan jiwa.
Orang kafir mereka telah silap dalam memilih jalan kebahagiaan di dalam hidupnya.
Iaitu mereka melihat kebahagian hidup pada benda yang ada
diluar dirinya.
Iaitu pada pada kebendaan dunia.Dimana bagaimana mempergunakan kebendaan dunia ini ,untuk memenuhi
nafsunya sahaja .Merka yakin pada apa yang mereka nampak ....
Mereka hidup dalam cara hidup
yang berlebih-lebihan....( Melampaui batas ).....Pada rumah besar ,kereta besar,motor besar........
Ke arah menjadikan dunia ini,
Syurga nafsu bagainya.....
Bertepatan dengan satu hadis;

"Dunia ini adalah merupakan penjara bagi Mukmin ,tetapi merupakan Syurga bagi Orang Kafir"
Iaitu dalam cara hidup yang berlebih-lebihan....
Tetapi bagi orang islam , mereka sepatutnya meyakini terhadap apa yang mereka tidak nampak.Iaitu pada
Ghaib ,tidak pada zahir.....
Iaitu kepuasannya adalah didalam nilai-nilai kehidupan islam yang
benar.Kepuasannya adalah di dalam kepuasan jiwa,ketenteraman jiwa,
kesejukkan ROH.Iaitu ;

"Mereka tidak merasa takut dan tidak gundah -gulana"
(Al-Baqarah: Ayat 38)
Kepuasan sejati adalah kepuasan jiwa.
IMAN
sebenarnya adalah yakin pada yang tidak nampak ( iaitu pada yang Ghaib) dan tidak pada yang nampak.( Iaitu pada Zahir ) .
Iaitu yakin akan kekuasaan ALLAH dan tidak pada kekuasaan Makhluk.
Sebab ..

"Tidak tuhan yang disembah melainkan ALLAH "

Kalimah IMAN adalah kalimah tayibah...
Yang merupakan kalimah ikhlas.....
Iaitu tiada tuhan selain ALLAH..
Tiada kekuasaan yang lain kecuali kekuasaan ALLAH...
Iaitu
makhluk tiada kuasa,tetapi yang berkuasa cuma ALLAH...
Kita kena yakin akan
kekuasaan ALLAH dan kita kena tidakkan akan kekuasaan makhluk.
Orang islam ,walaupun mereka bermain dengan dunia.....Sepatutnya dunia tidak jatuh ke dalam hatinya....
"Bagi orang mukmin yang hak...Dunia ini tidak jatuh ke dalam hatinya ,tetapi diagih-agihkan ditangannya sahaja...
Kerana mengikut hadis ;
"Sesungguhnya harta-benda kamu anak pinak kamu adalah merupakn amanah ALLAH kepada kamu"
( * Riwayat rujuk sendiri)
Iaitu dunia bukan hak manusia tetapi cuma di amanahkan kepada manusia.
Walaupun orang islam itu bermain dengan dunia,niatnya tidak lari dari kerana ALLAH.
Disebabkan hatinya yang tidak terpaut pada dunia..
Orang kafir niatnya tidak pernah kerana ALLAH.Tetapi cuma kerana dunia.
Mengikut satu hadis ;




"Setiap amalan itu disertai dengan niat.Dan manusia itu akan dapat mengikut apa yang diniatkan..Jika diniatkan kerana ALLAH dan Rasul ,maka amalnya akan dinilai kerana itulah.Jika ia niat kerana wanita yang diingin dikahwinnya atau kerana dunia yang di indam-indamkan ,maka amalnya akan di nilai kerana itulah.
(Hadis Riwayat BUKHARI)
Niat sebenarnya ada 2,iaitu kerana ALLAH dan kerana DUNIA....
Kerana niatnya kerana wanita itu termasuk di dalam niat kerana dunia.
Kerana mengikut Al-hadis;

"Dunia adalah barang hiasan dan sebaik-baik hiasan adalah wanita yang soleh
"
Orang kafir mereka tidak pernah niat kerana ALLAH,tetapi orang islam sepatutnya setiap gerak-gerinya adala hkerana ALLAH.
Sepatutnya orang islam niatnya tidak lari dari kerana ALLAH...
Sebagaimana Ikrar kita dalam doa Iftitah .....

"Sesungguhnya Solatku,ibadatku,hidupku dan matiku kerana ALLAH,tuhan sekelian Alam."
Orang-orang kafir niatnya tidak pernah kerana ALLAH......
Walaupun ia melakukan apa-apa amalan yang zahirnya nampak kebaikkan ,tiada nilainya disisi ALLAH .
Meskipun ia membina Masjid.....

Mereka adalah seburuk-buruk makhluk disisi ALLAH...
Iaitu ;
Mengikut ayat AL-Quran;



" Sesungguhnya orang-orang kafir di antara ahli-ahli kitab dan orang-orang musyrik adalah ditempatkan didalam neraka jahanam.Mereka kekal didalamnya.Mereka itu adalah seburuk-buruk maklhuk .Sesungguhnya orang-orang yang berimandan beramal -salih,mereka adalah sebaik-baik makhluk."
(Al-Bayinah : Ayat 6 & 7 )
Orang yang salih oleh kerana amalnya yang ikhlas disisi ALLAH ...
Yang seterusnya menghasilkan sifat-sifat yang terpuji mendapat tempat yang terunggul di sisi ALLAH.
Iaitu niat kerana ALLAH .Maka seseorang itu telah melakukan Zikrullah.
Iaitu ingat akan ALLAH....
Dia telah memberi makan kepada rohaninya ( hatinya ).
Tujuan manusia dihantarkan diatas mukabumi ini bukannya untuk mendapatkan hakikat kebendaan dunia tetapi untuk mendapat hakikat kerohaniaan...
Iaitu untuk memberi makan yang sempurna kepada ROH nya.
Dengan melakukan demikian ,maka kita telah memberi santapan kepada rohani kita.
Iaitu ke arak kesempurnaan iman didalam diri kita..
Mengikut ayat Al-Quran :

"Suatu hari yang mana anak-pinak kamu dan harta benda kamu tidak menolong kamu ,kecuali orang yang membawa hati yang sejahtera."
Iaitu orang membawa mengadap ALLAH dengan HATI yang mempunyai IMAN yang sempurna.
( ROH yang tidak cacat ,Iman Tidak cacat.( yang sempurna) )...
Roh tadi betul-betul dibajai semasa didunia ini.

Dimana dunia ini berjaya dijadikan ladang bagi hari Akhirat
Sebelum pulang ke alam akhirat di kemudian hari....
![]()
Last Revised: 13/3/1998

Isyaallah akan di siapkan sedikit masa nanti�.

Insyaallah akan di siapkan sedikit masa nanti��